Sunday, December 26, 2010

BACK TO SCHOOL 2011
PPTSK mengucapkan Selamat Kembali KeSekolah kepada semua anak-anak Taman Sri Kenari khususnya. Sekolah akan dibuka pada 3/1/2011. Kepada anak-anak yang akan memasuki Darjah 1 diucapkan "SELAMAT MEMULAI ALAM PERSEKOLAH", kepada anak-anak yang akan memasuki Tingkatan 1 diucapkan "SELAMAT MENEMPUH ALAM MENENGAH, ALAM PERSEKOLAHAN BARU YANG AKAN LEBIH MENCABAR", kepada anak-anak yang lain diucapkan "SELAMAT MENERUSKAN ALAM PERSEKOLAHAN". Bagi anak-anak Sri Kenari yang akan meneruskan pengajian di Menara Gading diucapkan "SELAMAT MENERUSKAN PENGAJIAN SEHINGGA BERJAYA".




PERJUMPAAN PPTSK DENGAN PENGUSAHA BAS SEKOLAH
Pada 23/12/2010 (Jumaat), 9.15 malam satu perjumpaan diantara PPTSK dengan Pengusaha Bas Sekolah telah diadakan di Pusat Komuniti PPTSK. PPTSK telah diwakili oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha serta AJK (Hj. Jamil dan Saudara Lazim). Pengusaha bas sekolah diwakili oleh Saudara Bob dan Saudara Din. Tujuan perjumpaan ialah untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh bas-bas sekolah semasa melalui jalan-jalan di Taman Sri Kenari.

Antara masalah yang dihadapi oleh bas sekolah ialah kereta-kereta penduduk di letakkan ditepi jalan dengan keadaan 'terjulur' dan ini mengakibatkan sukar untuk bas tersebut membelok dan melalui jalan-jalan berkaitan. Masalah ini ialah semasa bas mengambil anak-anak pada waktu pagi dan ketika menghantar pulang anak-anak diwaktu petang. Diantara jalan-jalan yang dikenal pasti ialah persimpangan Jalan Sri Kenari 6 dan Jalan Sri Kenari 5, Jalan Sri Kenari 7.

Oleh yang demikian PPTSK telah mengambil inisiatif membantu pengusaha bas tersebut dengan berjumpa dengan penduduk-penduduk terbabit. Pada Ahad 26/12/2010, PPTSK diwakili oleh Pengerusi dan Setiausaha serta pengusaha bas diwakili oleh Saudara Bob telah berjumpa dan menjelaskan perkara ini kepada beberapa orang penduduk yang terbabit. Alhamdulillah mereka faham keadaan ini dan akan membantu mengatasi masalah tersebut.

PPTSK juga dalam waktu terdekat akan mengedarkan surat bagi memperingati penduduk tentang pentingnya mengelakkan kereta yang di parkir dihadapan rumah dari menghalang perjalanan bas sekolah. Ini bagi memastikan anak-anak kita sampai kesekolah tepat pada waktunya dan juga mengelakkan kereta-kereta penduduk tergesel oleh bas sekolah.

PPTSK juga akan membantu meletakkan papan tanda dilokasi yang selalunya menyebabkan laluan bas sekolah 'tersekat'. Diantara teks yang akan diletakkan dilokasi tersebut ialah lebih kurang seperti berikut :
Satu lagi masalah yang dibincangkan ialah mengenai dahan-dahan pokok menghalang bas. PPTSK mencadangkan supaya pengusaha bas tersebut memotong sendiri dahan-dahan tersebut. Walaubagaimanapun sekiranya pokok berkaitan ialah pokok buah-buahan yang ditanam oleh penduduk, sebaik-baiknya beritahu tuan yang menanam pokok tersebut terlebih dahulu sebelum mencantas dahan pokok berkenaan. Ini bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Pengusaha bas bersetuju mengenai perkara ini.

Thursday, December 16, 2010

PERJUMPAAN DENGAN AHLI MAJLIS MPKj

Ahli Majlis MPKj En. Lee Learn Eng telah hadir ke majlis dialog bersama dengan AJK PPTSK pada pukul 9.00 malam 14/12/2010 (Selasa). Tujuan majlis tersebut ialah untuk membincangkan urusan-urusan berkenaan MPKj dan Taman Sri Kenari. Isu-isu kebersihan kawasan, kebersihan longkang, keselamatan dan sebagainya telah dibincangkan. Disamping Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha seramai  12 orang AJK PPTSK telah turut serta. Pengerusi PPTSK telah membentangkan segala perkembangan PPTSK serta segala masalah umum yang terdapat di Taman Sri Kenari pada masa ini. Ini termasuk masalah permukaan jalan yang terkopek/berlubang disekitar jalan taman, banjir kilat di Jalan Sri Kenari Utama, dahan-dahan pokok yang menutup lampu jalan, longkang tersumbat/pecah/runtuh serta masalah semasa projek kontraktor TNB yang mengakibatkan jalan rosak.  En. Lee Learn Eng berjanji akan membantu menyelesaikan masalah di taman ini menurut "priority'. Perbincangan telah berlangsung sehingga 11.00 malam. Selepas perbincangan semua yang hadir telah menjamu selera dengan makanan/minuman yang disediakan oleh PPTSK. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PPTSK yang telah sama-sama memberi pendapat dan sokongan semasa perjumpaan tersebut.

Lagi gambar perjumpaan di : http://pp-tsk.fotopages.com/ 





Saturday, December 11, 2010

MAJLIS DIALOG AJK PPTSK BERSAMA WAKIL MPKJ

PENGUMUMAN
Ahli Majlis MPKj En. Lee Learn Eng akan hadir ke majlis dialog bersama dengan AJK PPTSK. Tujuan masjlis tersebut ialah untuk berbincang segala urusan di Taman Sri Kenari dengan MPKj. Ini ialah seperti isu kebersihan kawasan, kebersihan longkang, keselamatan dan sebagainya. Selain itu pihak AJK juga ingin mengenali En. Lee Learn Engdengan lebih dekat. Kerana sebelum ini Ahli Majlis MPKj yang 'cover' Taman Sri Kenari ialah En. Narayanan.

Tarikh : 14 Disember 2010
Hari : Selasa
Masa : 9.15 malam
Tempat : Pusat Komuniti PPTSK
                Jalan Sri Kenari 1
                Taman Sri Kenari

En. Lee Learn Eng

Thursday, December 9, 2010

MPKj DAH AMBIL TINDAKAN

Pada minggu lepas yang lepas kita dipaparkan berita yang menyayat hati dimana seorang penunggang motosikal maut dihempap pokok mati di Kuala Lumpur. Selain itu terdapat juga berita kereta yang dihempap oleh pokok di Hulu Bernam.

Lanjutan kejadian itu PPTSK merasa bimbang tentang terdapat sebatang pokok mati di Jalan Sri Kenari Utama bersebelahan pondok menunggu bas. Bimbang pokok mati tersebut boleh tumbang bila-bila masa. Mungkin semasa ia tumbang nanti, dibawahnya ada orang, kenderaan dsb.nya.
Pada 26/7/2010, Pengerusi PPTSK telah membuat aduan kepada MPKj. Malangya tiada tindakan dari MPKj walau pun e-aduan tersebut disusuli dengan panggilan telefon. Tak perlu Pengerusi perincikan jawapan dari MPKj. Oleh yang demikian pada 6/12/2010 sekali lagi Pengerusi PPTSK membuat satu lagi e-aduan kepada MPKj. ALHAMDULILLAH pada aduan kali ini MPKj telah pun mengambil tindakan. Pada 9/12/2010 MPKj telah pun menebang pokok mati tersebut dan juga membersihkan sampah-sampah pokok tersebut.

Tuesday, December 7, 2010

TANGAN PENYAMUN PUTUS (BERITA KOSMO)

PENYAMUN KENA AMBIL IKTIBAR NI.
HEBAT !!! TUAN RUMAH YANG BERANI

Masalah Semasa di Taman Sri Kenari

Tuan-tuan pasti perasan dengan masalah yang dihadapi di taman kita. Di Jalan Sri Kenari Utama dua tiga hari ini sedang berlaku keadaan dimana kontraktor TNB sedang mengorek dan 'lay' tiub bagi laluan kabel TNB yang bervoltan yang agak tinggi. Kalau tak silap 33KVA
Pada malam tadi (7/12/2010 ~ 9.50-11.30pm ), Pengerusi bersama dengan En. Shahiran dan En Azlan (RELA) telah berusaha sedaya upaya menghubungi pihak yang berkaitan seperti ADUN, Ketua Kampung, Ketua Jurutera TNB. Akhir sekali penyelia Projek iaitu En. Hasbullah. Tujuannya ialah untuk mendapat penjelasan Projek yang sedang dijalankan. Sebenarnya Pengerusi sendiri tidak senang hati melihat kontraktor sesedap hati mengorek tanah, mengorek jalan, melonggok tanah atas jalan tanpa ada sebarang notis, pengurusan aliran trafik dsbnya. Alhamdulillah malam tadi telah mendapat penjelasan. Ini atas daya usaha En Shahiran dan juga En Azlan (RELA)

Penyelia Projek menjelaskan seperti berikut :
  1. Projek adalah secara adhoc- kerana laluan tersebut untuk mempastikan bekalan elektrik dikawasan kita tidak terjejas, kerana ia untuk membekalkan tenaga elektrik ke substation di Sg. Chua. Terdapat masalah di substation tersebut.
  2. Kontraktor meminta maaf kerana tidak meletak notis. Katanya sebab nak cepat siap.
  3. Semua tanah ditepi jalan akan diturap.
  4. Kerja akan siap dalam masa 2 hari lagi.
  5. Permukaan jalan akan di"basuh" oleh kontraktor bila kerja selesai.



Pengerusi bersama Kontraktor (En. Hasbullah)
Pengerusi bersama En Azlan dan Kontraktor