Sunday, July 31, 2011

PERJUMPAAN DENGAN AHLI MAJLIS MPKj

Pada 22 Julai 2011 (Jumaat), pukul 9.30 mlm AJK PPTSK telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan ahli majlis MPKj kawasan kita yang baru iaitu En. Mohamed Yusoff b. Bachek. Perjumpaan dan perbincangan telah diadakan di Bilik Gerakan PPTSK di No. 1A, Jalan Sri Kenari1, Taman Sri Kenari. Tujuan perjumpaan ialah bagi AJK PPTSK mengemukakan beberapa permasalahan yang dihadapi di taman ini kepada En. Yusoff. Antara permasahan yang dikemukakan dan diharap MPKj dapat menyelesaikannya ialah :
  • Jalan rosak
  • Longkang rosak
  • Pokok mati
  • Pasang cermin diselekoh bahaya
  • Pasang bonggol
  • dll.
DIHARAPKAN EN. MOHAMED YUSOFF DAPAT MEMBANTU PERMASALAHAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PPTSK

Tuesday, July 19, 2011

KONVENSYEN PERSATUAN PENDUDUK DAN NGO DUN BANGI

21 Mei 2011, Bandar Baru Bangi - Konvensyen Persatuan Penduduk dan NGO peringkat DUN Bangi yang melibatkan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 14, 20, 21, 22, 23 dan 24 serta Pejabat ADUN Bangi telah diadakan di Dewan Cempaka, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi, telah diadakan.

Konvensyen ini adalah kesinambungan daripada Program YB Masuk Kampung dan Program YB Jumpa Kita yang telah diadakan didalam 6 fasa melibatkan kawasan seperti Kampung Sungai Ramal Luar, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kampung Sungai Tangkas, Taman Kajang Mewah, Taman Bukit Mewah dan Taman Kajang Utama.

Melalui program 'Turun Padang' diatas, didapati maklumat berkenaan produk dan dasar Kerajaan Selangor masih gagal sampai ke peringkat akar umbi. Justeru, melalui konvensyen ini wakil pemimpin penduduk boleh mendapat gambaran dan maklumat sebenar berhubung sesuatu dasar atau produk kerajaan Negeri Selangor.


Ucapan pembukaan adalah dari Penyelaras Konvensyen iaitu Ustaz Hj Mohd Shafie Ngah. Beliau juga merupakan ahli MPP Zon 23. Perkara pokok yang beliau sampaikan adalah komitmen ahli MPP untuk memberi kehidupan selesa kepada rakyat. Dalam usaha itu, ada perkara yang dapat dilaksanakan dengan segera dan ada yang perlu ditangguh proses pelaksanaanya. Ini berikutan kekangan kuasa diperingkat Negeri dan peringkat Persekutuan.

Perkara yang didalam bidang kuasa Majlis seperti menukar dasar dapat disempurnakan secara cepat. Manakala perkara-perkara melibatkan penyelenggaraan infrastruktur seperti pembersihan jalan, lampu jalan dan longkang kebanyakannya adalah tanggungjawab kerajaann Persekutuan dan Majlis tiada kuasa.

Satu contoh yang beliau utarakan adalah berkenaan kutipan sampah oleh pihak Alam Flora. Urusan kutipan sampah adalah dibawah MPKj tetapi perlantikan kontrak adalah dibuat oleh kerajaan Persekutuan. MPKj cuma dapat memantau dan menjadi pendesak kepada sebarang adan yang diterima tetapi tiada kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan.

Demi menjamin keselesaan rakyat, Ahli-ahli MPP atas saranan YB Menteri Besar akan turun padang mendekati rakyat untuk mengetahui secara dekat permasalahan yang dihadapi. Program ini akan dilaksanakan secepat yang mungkin.

YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang juga sempat meluangkan masa beliau untuk hadir. Berdasarkan kepada program-program bertemu rakyat yang telah beliau hadiri, beliau mendapat gambaran bahawa masih banyak program-program dan produk-produk Kerajaan Selangor untuk rakyat masih tidak diketahui oleh rakyat.

Beliau mengharapkan setiap daripada perwakilan akan dapat menjadi agen kepada Kerajaan Negeri dalam hal ini. "Jadilah mata, telinga dan mulut kepada pihak kerajaan". Segala rungutan dan kesusahan rakyat disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan seperti ahli-ahli majlis. Ini adalah untuk meningkatkan lagi usaha MPP memberi khidmat terbaik kepada rakyat.