Tuesday, November 13, 2012

OPERASI MENGUTIP YURAN PPTSK

Beberapa orang AJK PPTSK diketuai oleh Timbalan Pengerusi telah menjalankan operasi dari rumah kerumah bagi mendapatkan bayaran yuran PPTSK. AJK yang terlibat ialah Setiausaha, Penolong Setiausaha serta Ketua Biro Kebajikan. Syabas dan tahniah kepada AJK yang terlibat kerana bersungguh-sungguh melaksanakan tugas yang bukan sebarang orang mampu melakukannya....
Jurufoto PPTSK semestinya ada bersama.... Tidak lupa diucapkan TERIMA KASIH kepada penduduk yang menjelaskan bayaran yuran. Kerana sokongan padu anda, PPTSK wujud...
Bersemangat Timbalan Pengerusi kita ni....
Omar, Maliki, Kolonel & Jamil...
Rumah mana nak mula ni???
Terima kasih ...
Brother Bob....
Check dulu nama saya dalam buku penyata...
Assalamualaikum Dr., maaf lah mengganggu tengahari ni....
Mana nama saya dan berapa lagi nak kena bayar ni.... Terima kasih banyak...
Tu dia, banyak lagi ni nak kena jumpa. Kena sambung minggu depan ni... AJK lain kena bantu juga ni...
Singgah kat surau TSK lepaskan penat & solat zohor...

Lagi gambar : Klik SINI

JALAN SRI KENARI 3 & 5 DITURAP

Setelah beberapa kali PPTSK menghantar permohonan kepada MPKj, Ahli Majlis MPKj dan ADUN Bangi, akhirnya pada 27 Oktober 2012 (Sabtu), pihak MPKj telah menghantar kontraktor untuk menurap Jalan Sri Kenari 3 dan Jalan Sri Kenari 5. Selain itu beberapa tempat jalan yang berlubang yang agak terok juga telah ditampal oleh kontraktor tersebut selepas pengerusi memohon kontraktor tersebut berbuat demikian.







Lagi gambar : Klik SINI


Wednesday, October 17, 2012

PENGAWAL PPTSK

Pengerusi bersama Ketua Biro Keselamatan PPTSK telah mengadakan perbincangan dengan pengawal mengenai jadual kawalan yang baharu untuk mereka.
KETUA BIRO KESELAMATAN SAUDARA RAZI SEDANG MENERANGKAN JADUAL BAHARU KAWALAN KEPADA PENGAWAL..............


PROGRAM GOTONG ROYONG 2012

Ahad, 14 Oktober 2012 : Program Gotong Royong membersihkan kawasan sekitar Taman Sri Kenari telah diadakan. Program dimulakan dengan jamuan ringan dan taklimat pengerusi pada pukul 8.30 pagi bertempat di padang permainan TSK. Seterusnya penduduk yang menyertai program ini membersihkan kawasan sekitar taman mengikut jalan masing-masing. Program tamat pada pukul 11.00 pagi dengan penduduk berkumpul semula di padang permainan TSK bagi tujuan cabutan nombor bertuah. Hampir 80 orang penduduk menyertai program ini.
BANER YANG DISEDIAKAN PPTSK
SETIAUSAHA CHECK JIKA ADA APA-APA YANG TEK KENA....
TU DIA MEE HOON GORENG....ZOOM LAGI SIKIT....
SETIAUSAHA & HJ ADZMIR MEMBUNGKUS
HADIAH
HADIAH NO BERTUAH
KARIPAP.... MENYELERAKAN
TAMAN SRI KENARI BOLEH.... BERSEMANGAT....



















CABUTAN NO BERTUAH
AII...BOLEH SURUH PILIH PULAK NAK HADIAH YANG MANA...BAIK HATI SETIAUSAHA KITA NI...
HANG TAU TAK? RIBEN NI PENGERUSI YANG PASANG TAU...BERTUAH HANG....



Sabar.... kalau ada rezeki dapat tu....






LAGI GAMBAR : KLIK SINI