Sunday, December 26, 2010

BACK TO SCHOOL 2011
PPTSK mengucapkan Selamat Kembali KeSekolah kepada semua anak-anak Taman Sri Kenari khususnya. Sekolah akan dibuka pada 3/1/2011. Kepada anak-anak yang akan memasuki Darjah 1 diucapkan "SELAMAT MEMULAI ALAM PERSEKOLAH", kepada anak-anak yang akan memasuki Tingkatan 1 diucapkan "SELAMAT MENEMPUH ALAM MENENGAH, ALAM PERSEKOLAHAN BARU YANG AKAN LEBIH MENCABAR", kepada anak-anak yang lain diucapkan "SELAMAT MENERUSKAN ALAM PERSEKOLAHAN". Bagi anak-anak Sri Kenari yang akan meneruskan pengajian di Menara Gading diucapkan "SELAMAT MENERUSKAN PENGAJIAN SEHINGGA BERJAYA".




PERJUMPAAN PPTSK DENGAN PENGUSAHA BAS SEKOLAH
Pada 23/12/2010 (Jumaat), 9.15 malam satu perjumpaan diantara PPTSK dengan Pengusaha Bas Sekolah telah diadakan di Pusat Komuniti PPTSK. PPTSK telah diwakili oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha serta AJK (Hj. Jamil dan Saudara Lazim). Pengusaha bas sekolah diwakili oleh Saudara Bob dan Saudara Din. Tujuan perjumpaan ialah untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh bas-bas sekolah semasa melalui jalan-jalan di Taman Sri Kenari.

Antara masalah yang dihadapi oleh bas sekolah ialah kereta-kereta penduduk di letakkan ditepi jalan dengan keadaan 'terjulur' dan ini mengakibatkan sukar untuk bas tersebut membelok dan melalui jalan-jalan berkaitan. Masalah ini ialah semasa bas mengambil anak-anak pada waktu pagi dan ketika menghantar pulang anak-anak diwaktu petang. Diantara jalan-jalan yang dikenal pasti ialah persimpangan Jalan Sri Kenari 6 dan Jalan Sri Kenari 5, Jalan Sri Kenari 7.

Oleh yang demikian PPTSK telah mengambil inisiatif membantu pengusaha bas tersebut dengan berjumpa dengan penduduk-penduduk terbabit. Pada Ahad 26/12/2010, PPTSK diwakili oleh Pengerusi dan Setiausaha serta pengusaha bas diwakili oleh Saudara Bob telah berjumpa dan menjelaskan perkara ini kepada beberapa orang penduduk yang terbabit. Alhamdulillah mereka faham keadaan ini dan akan membantu mengatasi masalah tersebut.

PPTSK juga dalam waktu terdekat akan mengedarkan surat bagi memperingati penduduk tentang pentingnya mengelakkan kereta yang di parkir dihadapan rumah dari menghalang perjalanan bas sekolah. Ini bagi memastikan anak-anak kita sampai kesekolah tepat pada waktunya dan juga mengelakkan kereta-kereta penduduk tergesel oleh bas sekolah.

PPTSK juga akan membantu meletakkan papan tanda dilokasi yang selalunya menyebabkan laluan bas sekolah 'tersekat'. Diantara teks yang akan diletakkan dilokasi tersebut ialah lebih kurang seperti berikut :
Satu lagi masalah yang dibincangkan ialah mengenai dahan-dahan pokok menghalang bas. PPTSK mencadangkan supaya pengusaha bas tersebut memotong sendiri dahan-dahan tersebut. Walaubagaimanapun sekiranya pokok berkaitan ialah pokok buah-buahan yang ditanam oleh penduduk, sebaik-baiknya beritahu tuan yang menanam pokok tersebut terlebih dahulu sebelum mencantas dahan pokok berkenaan. Ini bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Pengusaha bas bersetuju mengenai perkara ini.

Thursday, December 16, 2010

PERJUMPAAN DENGAN AHLI MAJLIS MPKj

Ahli Majlis MPKj En. Lee Learn Eng telah hadir ke majlis dialog bersama dengan AJK PPTSK pada pukul 9.00 malam 14/12/2010 (Selasa). Tujuan majlis tersebut ialah untuk membincangkan urusan-urusan berkenaan MPKj dan Taman Sri Kenari. Isu-isu kebersihan kawasan, kebersihan longkang, keselamatan dan sebagainya telah dibincangkan. Disamping Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha seramai  12 orang AJK PPTSK telah turut serta. Pengerusi PPTSK telah membentangkan segala perkembangan PPTSK serta segala masalah umum yang terdapat di Taman Sri Kenari pada masa ini. Ini termasuk masalah permukaan jalan yang terkopek/berlubang disekitar jalan taman, banjir kilat di Jalan Sri Kenari Utama, dahan-dahan pokok yang menutup lampu jalan, longkang tersumbat/pecah/runtuh serta masalah semasa projek kontraktor TNB yang mengakibatkan jalan rosak.  En. Lee Learn Eng berjanji akan membantu menyelesaikan masalah di taman ini menurut "priority'. Perbincangan telah berlangsung sehingga 11.00 malam. Selepas perbincangan semua yang hadir telah menjamu selera dengan makanan/minuman yang disediakan oleh PPTSK. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PPTSK yang telah sama-sama memberi pendapat dan sokongan semasa perjumpaan tersebut.

Lagi gambar perjumpaan di : http://pp-tsk.fotopages.com/ 





Saturday, December 11, 2010

MAJLIS DIALOG AJK PPTSK BERSAMA WAKIL MPKJ

PENGUMUMAN
Ahli Majlis MPKj En. Lee Learn Eng akan hadir ke majlis dialog bersama dengan AJK PPTSK. Tujuan masjlis tersebut ialah untuk berbincang segala urusan di Taman Sri Kenari dengan MPKj. Ini ialah seperti isu kebersihan kawasan, kebersihan longkang, keselamatan dan sebagainya. Selain itu pihak AJK juga ingin mengenali En. Lee Learn Engdengan lebih dekat. Kerana sebelum ini Ahli Majlis MPKj yang 'cover' Taman Sri Kenari ialah En. Narayanan.

Tarikh : 14 Disember 2010
Hari : Selasa
Masa : 9.15 malam
Tempat : Pusat Komuniti PPTSK
                Jalan Sri Kenari 1
                Taman Sri Kenari

En. Lee Learn Eng

Thursday, December 9, 2010

MPKj DAH AMBIL TINDAKAN

Pada minggu lepas yang lepas kita dipaparkan berita yang menyayat hati dimana seorang penunggang motosikal maut dihempap pokok mati di Kuala Lumpur. Selain itu terdapat juga berita kereta yang dihempap oleh pokok di Hulu Bernam.

Lanjutan kejadian itu PPTSK merasa bimbang tentang terdapat sebatang pokok mati di Jalan Sri Kenari Utama bersebelahan pondok menunggu bas. Bimbang pokok mati tersebut boleh tumbang bila-bila masa. Mungkin semasa ia tumbang nanti, dibawahnya ada orang, kenderaan dsb.nya.
Pada 26/7/2010, Pengerusi PPTSK telah membuat aduan kepada MPKj. Malangya tiada tindakan dari MPKj walau pun e-aduan tersebut disusuli dengan panggilan telefon. Tak perlu Pengerusi perincikan jawapan dari MPKj. Oleh yang demikian pada 6/12/2010 sekali lagi Pengerusi PPTSK membuat satu lagi e-aduan kepada MPKj. ALHAMDULILLAH pada aduan kali ini MPKj telah pun mengambil tindakan. Pada 9/12/2010 MPKj telah pun menebang pokok mati tersebut dan juga membersihkan sampah-sampah pokok tersebut.

Tuesday, December 7, 2010

TANGAN PENYAMUN PUTUS (BERITA KOSMO)

PENYAMUN KENA AMBIL IKTIBAR NI.
HEBAT !!! TUAN RUMAH YANG BERANI

Masalah Semasa di Taman Sri Kenari

Tuan-tuan pasti perasan dengan masalah yang dihadapi di taman kita. Di Jalan Sri Kenari Utama dua tiga hari ini sedang berlaku keadaan dimana kontraktor TNB sedang mengorek dan 'lay' tiub bagi laluan kabel TNB yang bervoltan yang agak tinggi. Kalau tak silap 33KVA
Pada malam tadi (7/12/2010 ~ 9.50-11.30pm ), Pengerusi bersama dengan En. Shahiran dan En Azlan (RELA) telah berusaha sedaya upaya menghubungi pihak yang berkaitan seperti ADUN, Ketua Kampung, Ketua Jurutera TNB. Akhir sekali penyelia Projek iaitu En. Hasbullah. Tujuannya ialah untuk mendapat penjelasan Projek yang sedang dijalankan. Sebenarnya Pengerusi sendiri tidak senang hati melihat kontraktor sesedap hati mengorek tanah, mengorek jalan, melonggok tanah atas jalan tanpa ada sebarang notis, pengurusan aliran trafik dsbnya. Alhamdulillah malam tadi telah mendapat penjelasan. Ini atas daya usaha En Shahiran dan juga En Azlan (RELA)

Penyelia Projek menjelaskan seperti berikut :
  1. Projek adalah secara adhoc- kerana laluan tersebut untuk mempastikan bekalan elektrik dikawasan kita tidak terjejas, kerana ia untuk membekalkan tenaga elektrik ke substation di Sg. Chua. Terdapat masalah di substation tersebut.
  2. Kontraktor meminta maaf kerana tidak meletak notis. Katanya sebab nak cepat siap.
  3. Semua tanah ditepi jalan akan diturap.
  4. Kerja akan siap dalam masa 2 hari lagi.
  5. Permukaan jalan akan di"basuh" oleh kontraktor bila kerja selesai.



Pengerusi bersama Kontraktor (En. Hasbullah)
Pengerusi bersama En Azlan dan Kontraktor

Saturday, November 20, 2010

SELAMAT BERCUTI KEPADA ANAK-ANAK SEMUA

Semua AJK PPTSK mengucapkan SELAMAT BERCUTI SEKOLAH kepada semua anak, khususnya kepada anak-anak ahli PPTSK.
Agaknya apa perancangan anak-anak kita. Jika kita semua ibu bapa ada apa perancangan tertentu untuk anak-anak kita pada cuti panjang ini eloklah. Cuma nasihat kami kepada anak-anak. Yang cuti hanya "cuti pergi sekolah". Buka dan baca buku, buat ulangkaji dan buat latihan tidak cuti terutamanya bagi anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan besar tahun hadapan seperti UPSR, PMR, SPM, PSRA dan lain-lain peperiksaan.
(Sumber : http://acikaidil.blogspot.com/2010/11/cuti-sekolah.html)
 (Sumber : http://trensperlife.blogspot.com/2010/08/sembang-kedai-kopi-bulan-posa.html)
(Sumber : http://smkdatukbahaman.blogspot.com/ )

Monday, November 15, 2010

KEPUTUSAN UPSR & PSRA 2010

Keputusan UPSR & PSRA yang diumumkan pada 11/11/2010 (Khamis) lepas.

Keputusan :
UPSR
SK Leftenan Adnan : 21 orang mendapat 5A & 12 orang mendapat 4A1B

PSRA 
SR Agama Rahmaniah : 10 orang mendapat MUMTAZ & 36 orang mendapat JAYYID JIDDAN (INI MERUPAKAN KEPUTUSAN TERBAIK DAN MERUPAKAN REKOD YANG PERNAH DICATATKAN OLEH SR AGAMA RAHMANIAH, SG. RAMAL LUAR, KAJANG)

PPTSK MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA ANAK-ANAK SEMUA SERTA KEPADA GURU-GURU DAN IBU BAPA YANG BERKENAAN

Friday, November 5, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 2010

Kepada semua ahli PPTSK yang berugama Islam, PPTSK mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA yang akan disambut pada 17/10/2010 (Rabu)
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
**Sumber:(http://ms.wikipedia.org/wiki/Aidil_Adha)

**************************************
PENGUMUMAN

AJK PPTSK En. Abd Jamil b. Kandar menunaikan Fardu Haji bersama isteri dan ibunya. Beliau telah berangkat pada 10/10/2010 yang lepas dan dijangka pulang awal Disember 2010. Didoakan beliau serta keluarga sihat semasa ditanah suci dan dapat menyempurnakan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur. Amin .....
Abd Jamil Kandar
En Rahim Perman (Jalan Sri Kenari 2) serta isteri telah berangkat ketanah pada 23/10/2010. Beliau dijangka pulang pada 7/12/2010. Sama-samalah berdoa semoga beliau selamat dan sihat disana dan mendapat haji mabrur serta selamat pulang ketanah air & Taman Sri Kenari.
Rahim Perman

Wednesday, November 3, 2010

TIPS ELAK DARI PERAGUT DAN PENYELUK SAKU

Di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:
·        Penjenayah ini sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
·        Lazimnya penjenayah ini menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.

Bagaimana ia boleh berlaku:
·        Memakai barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
·        Membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan peragut meragut.
·        Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat sibuk dan sesak.
·        Meninggalkan beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk untuk membeli-belah.
·        Menyimpan beg duit di kocek belakang yang tidak berbutang.

Langkah-langkah keselamatan dari ragut:
  • Sentiasa membawa wang secara minima, guna kad debit dan lain-lain.
  • Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
  • Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
  • Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
  • Ketika berjalan di atas jalanraya atau lain-lain, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
  • Elakkan dari memakai dan mendedahkan barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
  • Elak dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
  • Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan atau membeli dan tahu penggunaan 'pepper spray'.



Lagi beberapa pesanan buat anda semua terutamanya kaum wanita:-
  1. Jangan jalan atau naik motor sorang-sorang.
  2. Jangan la tayang handbang, rantai, gelang tangan dan barang berharga yang sewaktu dengannya di tempat awam.
  3. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Kalau ada dengar bunyi motor yang rempit lain macam jer, cepat-cepat lari ke tempat selamat.
  4. Kalau anda bawak kereta, jangan letak handbag atau handphone anda di tempat penumpang. Itu memang mengundang maut. Peragut sanggup pecahkan cermin kereta anda untuk meragut.
  5. Sekiranya anda diragut jangan melawan. Biarkan ajer. Nyawa anda lebih penting daripada barang yang diragut. Ramai yang terkorban sebab cuba nak dapatkan balik barang yang diragut.
  6. Sentiasa baca ayat-ayat pelindung diri mengikut kepercayaan agama masing-masing sebelum keluar rumah. Ini namanya kita bertawakal.
  7. Jangan takut nak menjerit mintak tolong sekiranya ada manusia-manusia celaka yang mencurigakan di sekitar anda. Malu sekejap takper daripada diragut.

Monday, November 1, 2010

TIPS ELAK KEJADIAN KECURIAN/PECAH RUMAH

house_robbery1(Sumber : http://ppbss.org)
Kejadian curi rumah, pecah rumah, samun dan sebagainya kerap terjadi sejak kebelakangan ini. Walaupun ada syarikat sekuriti, ia tidak menjamin kita bebas dari menjadi mangsa. Memang bagus ada sekuriti, tetapi kita juga boleh memainkan peranan dalam mencegah atau bertindak untuk mengelakkan dari berlaku perkara-perkara yang tidak kita ingini.
Berikut adalah antara tips yang boleh kita guna pakai. Bacalah, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang boleh kita buat....
  1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
  2. knife_setKunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
  3. Sekiranya terdengar / terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu di luar pintu rumah untuk masuk.
  4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
  5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
  6. car_remoteBawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, jika terjaga tengah malam kerana ada bunyi mencurigakan, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
  7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
  8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
  9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
  10. phone_in_bedroomSemasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
  11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda sebagai quick access atau one-touch number. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
  12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
  13. security_lightingLampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation. Kalau boleh, gunakan lampu yang jimat tenaga atau mesra alam (energy saving...jimat sikit)
  14. Kalau cuti lama, minta tolong jiran kutip surat-surat dlm mail box. Mail box yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
  15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
  16. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan melambatkan dan menyusahkan pencuri).
  17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
  18. Kalau boleh, simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
  19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
  20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
  21. Jangan beri kunci rumah kepada kontraktor yang melakukan kerja-kerja renovation. Kalau terpaksa, tukar kunci atau guna padlock sementara dan tukar semula lepas kerja-kerja selesai. Juga, ambil maklumat kontraktor untuk rujukan akan datang.

Friday, October 29, 2010

ANTARA AKTIVITI PPTSK

MAJLIS RAMAH MESRA PENDUDUK DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
Majlis ini telah diadakan pada 03/10/2010 (24 Syawal 1431) hari Ahad di Padang Taman Sri Kenari bermula jam 09.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Seperti tahun-tahun sebelumnya, selain daripada menu utama yang disediakan oleh PPTSK, jamuan makan tersebut itu juga di adakan secara “Pot Luck” di mana semua penduduk digalakkan membawa sedikit makanan. Segala kemudahan seperti meja, kerusi, khemah dan PA system di pinjam dari Surau Taman Sri Kenari. Untuk memeriahkan lagi majlis tersebut, semua AJK PPTSK di wajibkan memakai baju melayu lengkap. Tetamu kehormat yang hadir pada pagi tersebut adalah Ketua Kampung Sungai Ramal Luar, Tuan Hj Yusuf, Nazir Masjid Hj Mat Saman Tuan Hj. Nik Pa,  Timbalan Nazir Masjid Hj. Mat Saman, Ustaz Fakri Abd Rahman, OCS Balai Polis Kajang, C/Insp. Mazuri dan Koperal Moorthy selaku pegawai polis yang bertanggung jawab  "incharge" kawasan Taman Sri Kenari. Hasil dari kerjasama yang di tunjukkan oleh semua AJK PPTSK dan penduduk pada keseluruhannya majlis tersebut berjalan dengan jayanya dan amat meriah sekali.
Lagi gambar-gambar Majlis Jamuan Hari Raya

Sukan Rakyat 2010

PPTSK dengan kerjasama Rukun Tetangga Sungai Ramal Luar telah berjaya menganjurkan Sukan Rakyat 2010 Sempena Karnival Merdeka bertempat di padang Taman Sri Kenari pada 25 Julai 2010. Karnival Merdekan ini anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Sg. Ramal Luar yang dipengerusikan oleh Dato' Shahbudin Wahab.
Terdapat 6 acara sukan rakyat dipertandingkan pada hari tersebut :-
1] Lari dalam guni
2] Perlumbaan basikal lambat
3] Bawa bola ping pong dalam sudu.
4] Bowling buah kelapa
5] Tendang bola ke dalam gelung
6] Lambung belon berisi air
Pengerusi PPTSK bersama Pengerusi KRT mengumumkan nama-nama pemenang dan menyampaikan hadiah


Lagi gambar-gambar Sukan Rakyat :

KEJOHANAN BADMINTON PPTSK 2010
Biro Sukan PPTSK telah berjaya menganjurkan pertandingan badminton pada 03/07/2010 (Sabtu). Pertandingan ini dilangsungkan di Dewan Badminton ABS Fleet, kawasan Perindustrian Sg Chua, Kajang. Seramai 20 orang pemain telah menyertainya. Pemain dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Hadiah-hadiah berupa piala pusingan, hamper dan piala iringan serta medal telah disampaikan oleh Pengerusi PPTSK .
JUARA ialah pasangan bergu Ruzli & Mokhtarudin

Juara : Ruzli & Mokhtarudin
 
Peserta bergambar dengan Pengerusi, Setiausaha & Ketua Biro Sukan


KUTIPAN YURAN AHLI & KESELAMATAN
PPTSK menjalankan kutipan yuran ahli pada setiap minggu pertama hari Sabtu & Ahad setiap bulan. AJK akan bertugas secara giliran seperti yang dijadual oleh Setiausaha.
Lagi gambar-gambar sekitar hari kutipan yuran :