Wednesday, November 3, 2010

TIPS ELAK DARI PERAGUT DAN PENYELUK SAKU

Di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:
·        Penjenayah ini sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
·        Lazimnya penjenayah ini menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.

Bagaimana ia boleh berlaku:
·        Memakai barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
·        Membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan peragut meragut.
·        Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat sibuk dan sesak.
·        Meninggalkan beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk untuk membeli-belah.
·        Menyimpan beg duit di kocek belakang yang tidak berbutang.

Langkah-langkah keselamatan dari ragut:
  • Sentiasa membawa wang secara minima, guna kad debit dan lain-lain.
  • Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
  • Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
  • Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
  • Ketika berjalan di atas jalanraya atau lain-lain, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
  • Elakkan dari memakai dan mendedahkan barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
  • Elak dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
  • Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan atau membeli dan tahu penggunaan 'pepper spray'.



Lagi beberapa pesanan buat anda semua terutamanya kaum wanita:-
  1. Jangan jalan atau naik motor sorang-sorang.
  2. Jangan la tayang handbang, rantai, gelang tangan dan barang berharga yang sewaktu dengannya di tempat awam.
  3. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Kalau ada dengar bunyi motor yang rempit lain macam jer, cepat-cepat lari ke tempat selamat.
  4. Kalau anda bawak kereta, jangan letak handbag atau handphone anda di tempat penumpang. Itu memang mengundang maut. Peragut sanggup pecahkan cermin kereta anda untuk meragut.
  5. Sekiranya anda diragut jangan melawan. Biarkan ajer. Nyawa anda lebih penting daripada barang yang diragut. Ramai yang terkorban sebab cuba nak dapatkan balik barang yang diragut.
  6. Sentiasa baca ayat-ayat pelindung diri mengikut kepercayaan agama masing-masing sebelum keluar rumah. Ini namanya kita bertawakal.
  7. Jangan takut nak menjerit mintak tolong sekiranya ada manusia-manusia celaka yang mencurigakan di sekitar anda. Malu sekejap takper daripada diragut.

No comments:

Post a Comment