Di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:
· Penjenayah ini sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
· Lazimnya penjenayah ini menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
Bagaimana ia boleh berlaku:
· Memakai barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
· Membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan peragut meragut.
· Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat sibuk dan sesak.
· Meninggalkan beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk untuk membeli-belah.
· Menyimpan beg duit di kocek belakang yang tidak berbutang.
Langkah-langkah keselamatan dari ragut:
- Sentiasa membawa wang secara minima, guna kad debit dan lain-lain.
- Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
- Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
- Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
- Ketika berjalan di atas jalanraya atau lain-lain, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
- Elakkan dari memakai dan mendedahkan barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
- Elak dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
- Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan atau membeli dan tahu penggunaan 'pepper spray'.
Lagi beberapa pesanan buat anda semua terutamanya kaum wanita:-
- Jangan jalan atau naik motor sorang-sorang.
- Jangan la tayang handbang, rantai, gelang tangan dan barang berharga yang sewaktu dengannya di tempat awam.
- Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Kalau ada dengar bunyi motor yang rempit lain macam jer, cepat-cepat lari ke tempat selamat.
- Kalau anda bawak kereta, jangan letak handbag atau handphone anda di tempat penumpang. Itu memang mengundang maut. Peragut sanggup pecahkan cermin kereta anda untuk meragut.
- Sekiranya anda diragut jangan melawan. Biarkan ajer. Nyawa anda lebih penting daripada barang yang diragut. Ramai yang terkorban sebab cuba nak dapatkan balik barang yang diragut.
- Sentiasa baca ayat-ayat pelindung diri mengikut kepercayaan agama masing-masing sebelum keluar rumah. Ini namanya kita bertawakal.
- Jangan takut nak menjerit mintak tolong sekiranya ada manusia-manusia celaka yang mencurigakan di sekitar anda. Malu sekejap takper daripada diragut.