Monday, January 10, 2011

PERJUMPAAN DENGAN ANGGOTA POLIS KAJANG - KAD SEKTOR

Pada 10/1/2011 (Isnin), pukul 7.45 malam Pengerusi dan Timbalan Pengerusi telah dipanggil oleh pengawal dan mengatakan ada 5 orang konstabel polis berkereta peronda dari balai polis Kajang ingin berjumpa.
Pada perjumpaan tersebut, Pengerusi telah diterangkan oleh anggota polis tersebut bahawa mereka ialah dari unit kereta peronda polis Kajang yang "incharge" kawasan Taman Sri Kenari. Mereka telah diminta oleh Ketua Polis Negara/Ketua Polis Selangor supaya mendampingi orang ramai dan berhubung rapat dengan penduduk serta mengedarkan kad yang dipanggil "KAD SEKTOR". 
Kesimpulan perjumpaan tersebut ialah kita penduduk Taman Sri Kenari boleh berhubung terus dengan polis "incharge" bagi taman ini sekiranya berlaku sesuatu jenayah di taman ini. Anggota polis yang boleh dihubungi ialah KONSTABEL RUHIL RAMI B. YUSUF, 017-3536984 atau Balai Polis Kajang 03-87336580 iaitu seperti kad diatas.
Pengerusi telah membuat carian di dalam internet mengenai KAD SEKTOR ini selepas mendengar ULASAN BERITA RADIO RTM pada 11/1/2011 (6.05 petang). Dibawah ini ialah berita mengenainya di dalam BERITA HARIAN  (10/1/2011).