Saturday, April 2, 2011

MPKj DAH AMBIL TINDAKAN

Pada 14 Disember 2010, Selasa 9.30 malam hampir semua AJK PPTSK yang sememangnya prihatian terhadap Taman Sri Kenari yang disayangi ini telah bersama-sama dengan Pengerusi mengadakan perjumpaan dengan Ahli Majlis MPKj, iaitu En. Lee Learn Eng di Pusat Operasi PPTSK.









Di dalam perjumpaan tersebut, Pengerusi PPTSK telah membentangkan dalam bentuk Power Point kepada Ahli Majlis MPKj tersebut segala permasalahan terkini taman ini.

Diantara masalah yang dikemukakan ialah masalah pokok-pokok di Jalan Sri Kenari utama yang terlalu rendang. Dari satu aspek keadaan ini agak baik, iaitu redup dan nyaman. Tetapi dari aspek yang lain ia boleh mengundang masalah yang lebih merbahaya, iaitu kemungkinan dahan-dahan pokok boleh sekah/patah dan jatuh keatas kenderaan dan orang ramai yang sememangnya sentiasa ramai setiap hari/masa lalu lalang di Jalan Sri Kenari Utama tersebut. Pokok-pokok yang dah 'berumur' tersebut juga boleh tumbang dan membahayakan nyawa.

Alhamdulillah pada 28/3/2011 Isnin, MPKj telah menyerahkan kepada kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja mencantas dan menebang pokok-pokok tersebut. SEBELUM























SELEPAS






















TERIMA KASIH MPKj