Wednesday, October 17, 2012

MAJLIS RAMAH MESRA PENDUDUK DAN JAMUAN HARI RAYA 2012

Ahad, 9 September 2012 bertempat di padang permainan Taman Sri Kenari, PPTSK telah menganjurkan MAJLIS RAMAH MESRA PENDUDUK DAN JAMUAN HARI RAYA 2012. Ramai juga penduduk Taman Sri Kenari turut serta di dalam majlis tersebut. Diantara tetamu jemputan yang turut hadir ialah Hj Yusuf (Ketua Kampung Sg Ramal Luar), En. Yusuf Bache (Ahli Majlis MPKj), YB Dr Shafie (ADUN Bangi) dan YB Teo Nie Chin (MP Serdang). Kemeriahan majlis yang diadakan telah menunjukkan bahawa PPTSK sentiasa relevan di dalam menyatukan perpaduan dan keselamatan taman ini. Gambar-gambar di bawah menggambarkan kemeriahan majlis tersebut.












LAGI GAMBAR-GAMBAR : KLIK DI SINI

Wednesday, February 22, 2012

MESYUARAT AGUNG PPTSK KALI KE-4


Klik banner untuk lebih jelas

Insya'Allah PPTSK akan mengadakan Mesyuarat Agung bagi Kali ke-4. Diharap semua ahli PPTSK dapat menghadirkan diri kemesyuarat tersebut demi persatuan yang kita sama-sama dokong dan demi kesejahteraan taman yang kita sayangi ini.

Tarikh : 4 Mac 2011
Hari : Ahad
Masa :9.00 pg - 12.00 tgh


DATANG, JANGAN TAK DATANG

Friday, December 30, 2011

BACK TO SCHOOL 2012












AJK PPTSK mengucapkan KEMBALI KESEKOLAH bagi sesi persekolahan 2012 kepada semua anak-anak Taman Sri Kenari. Selain itu kami juga mengucapkan TAHNIAH kepada semua anak-anak Sri Kenari yang berjaya dengan cemerlang di dalam UPSR dan PMR.


Selamat kembali berjuang dengan buku dan pensil demi mengejar ilmu sebagai bekalan di hari kemudian nanti.





IBU BAPA pasti sibuk menguruskan anak-anak kese
ko
lah diawal tahun 2012 nanti....

Sunday, October 2, 2011

AJK/AHLI PPTSK MENUNAIKAN FARDU HAJI 2011

AJK serta ahli PPTSK yang akan menunaikan fardu haji pada tahun ini ialah:








Saudara Ghani dan isteri (Jalan Sri Kenari 7)
*Berangkat 8/10/2011










Puan Najat Ahmad (Jalan Sri Kenari 7)
*Berangkat 7/10/2011









Ustazah Hasnah serta suami (Tadika Islam Al-Fasih, Jalan Sri Kenari 5)
*Berangkat 4/10/2011

"MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA SEMOGA MEREKA SELAMAT PERGI, SELAMAT KEMBALI DAN MENDAPAT HAJI MABRUR SERTA SIHAT SEMASA MENGERJAKAN RUKUN ISLAM KELIMA"

Sunday, September 25, 2011

JAMUAN HARI RAYA 2011 (17/9/2011-SABTU)

Gambar-gambar kenangan semasa jamuan tersebut. Jamuan tersebut dari 10 pagi - 12.30 tengahari. Alhamdulillah ramai juga jemputan yang hadir. Berpeluh juga AJK PPTSK melayan tetamu yang hadir. Lagi gambar-gambar boleh klik disini.