Tuesday, February 15, 2011

MESYUARAT GOTONG ROYONG PERDANA SG. RAMAL BARU & TAMAN SRI KENARI

Pada Isnin 14 Februari 2011, 9.15 malam bertempat di Bilik Mesyuarat, Masjid Hj Mat Saman Sg. Ramal Luar, telah diadakan mesyuarat pertama Gotong Royong Perdana bagi Sg. Ramal Baru & Taman Sri Kenari. Mesyuarat di pengerusikan oleh Ketua Kampung Sg Ramal Luar, Tuan Hj Mohd Yusoff Hj Abdul Kadir dan telah dihadiri bersama oleh Pengerusi dan Setiausaha PPTSK, AJK JKKK Sg Ramal Luar, Nazir Masjid serta 3 orang wakil KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (KIST) (http://www.kist.edu.my/kist/). Pada mesyuarat pertama telah diterang secara terperinci oleh En. Rosli dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, mengenai kaedah gotong royong bagi tujuan memusnahkan sarang nyamok aedes yang boleh membawa DEMAM DENGGI yang boleh membawa maut.
Insya'Allah GOTONG ROYONG PERDANA tersebut akan diadakan pada AHAD (27 FEBRUARI 2011). Oleh yang demikian Pengerusi PPTSK amat berharap SEMUA PENDUDUK TAMAN SRI KENARI turun bersama-sama bagi menjayakan aktiviti yang TERAMAT BERFAEDAH ini. En. Rosli juga menerangkan, jika kediaman kita didapati terdapat tempat pembiakan nyamok aedes, kemungkin kita boleh didenda sebanyak RM10,000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun penjara atau kedua-keduanya iaitu menurut SEKSYEN 8, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000). Pindaan kepada Fasal 13, akta berkenaan ialah hukuman bagi kesalahan pertama iaitu kepada denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Gotong royong tersebut nanti akan disertai oleh 6 orang pelajar/staff KIST dan 50 orang pelajar UNITEN

                                                               

1 comment:

  1. TOTO | Titanium Edc - TITanium Art
    TOTO is an Art Degree in Arts and Fine Art Design. TOTO focuses on 2020 ford ecosport titanium the titanium straightener production titanium tv alternative of high quality art. The group strives to inspire new citizen titanium dive watch and titanium welding innovative

    ReplyDelete