Thursday, December 16, 2010

PERJUMPAAN DENGAN AHLI MAJLIS MPKj

Ahli Majlis MPKj En. Lee Learn Eng telah hadir ke majlis dialog bersama dengan AJK PPTSK pada pukul 9.00 malam 14/12/2010 (Selasa). Tujuan majlis tersebut ialah untuk membincangkan urusan-urusan berkenaan MPKj dan Taman Sri Kenari. Isu-isu kebersihan kawasan, kebersihan longkang, keselamatan dan sebagainya telah dibincangkan. Disamping Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha seramai  12 orang AJK PPTSK telah turut serta. Pengerusi PPTSK telah membentangkan segala perkembangan PPTSK serta segala masalah umum yang terdapat di Taman Sri Kenari pada masa ini. Ini termasuk masalah permukaan jalan yang terkopek/berlubang disekitar jalan taman, banjir kilat di Jalan Sri Kenari Utama, dahan-dahan pokok yang menutup lampu jalan, longkang tersumbat/pecah/runtuh serta masalah semasa projek kontraktor TNB yang mengakibatkan jalan rosak.  En. Lee Learn Eng berjanji akan membantu menyelesaikan masalah di taman ini menurut "priority'. Perbincangan telah berlangsung sehingga 11.00 malam. Selepas perbincangan semua yang hadir telah menjamu selera dengan makanan/minuman yang disediakan oleh PPTSK. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PPTSK yang telah sama-sama memberi pendapat dan sokongan semasa perjumpaan tersebut.

Lagi gambar perjumpaan di : http://pp-tsk.fotopages.com/ 





No comments:

Post a Comment