Tuesday, December 7, 2010

Masalah Semasa di Taman Sri Kenari

Tuan-tuan pasti perasan dengan masalah yang dihadapi di taman kita. Di Jalan Sri Kenari Utama dua tiga hari ini sedang berlaku keadaan dimana kontraktor TNB sedang mengorek dan 'lay' tiub bagi laluan kabel TNB yang bervoltan yang agak tinggi. Kalau tak silap 33KVA
Pada malam tadi (7/12/2010 ~ 9.50-11.30pm ), Pengerusi bersama dengan En. Shahiran dan En Azlan (RELA) telah berusaha sedaya upaya menghubungi pihak yang berkaitan seperti ADUN, Ketua Kampung, Ketua Jurutera TNB. Akhir sekali penyelia Projek iaitu En. Hasbullah. Tujuannya ialah untuk mendapat penjelasan Projek yang sedang dijalankan. Sebenarnya Pengerusi sendiri tidak senang hati melihat kontraktor sesedap hati mengorek tanah, mengorek jalan, melonggok tanah atas jalan tanpa ada sebarang notis, pengurusan aliran trafik dsbnya. Alhamdulillah malam tadi telah mendapat penjelasan. Ini atas daya usaha En Shahiran dan juga En Azlan (RELA)

Penyelia Projek menjelaskan seperti berikut :
  1. Projek adalah secara adhoc- kerana laluan tersebut untuk mempastikan bekalan elektrik dikawasan kita tidak terjejas, kerana ia untuk membekalkan tenaga elektrik ke substation di Sg. Chua. Terdapat masalah di substation tersebut.
  2. Kontraktor meminta maaf kerana tidak meletak notis. Katanya sebab nak cepat siap.
  3. Semua tanah ditepi jalan akan diturap.
  4. Kerja akan siap dalam masa 2 hari lagi.
  5. Permukaan jalan akan di"basuh" oleh kontraktor bila kerja selesai.



Pengerusi bersama Kontraktor (En. Hasbullah)
Pengerusi bersama En Azlan dan Kontraktor

No comments:

Post a Comment