Sunday, December 26, 2010

PERJUMPAAN PPTSK DENGAN PENGUSAHA BAS SEKOLAH
Pada 23/12/2010 (Jumaat), 9.15 malam satu perjumpaan diantara PPTSK dengan Pengusaha Bas Sekolah telah diadakan di Pusat Komuniti PPTSK. PPTSK telah diwakili oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha serta AJK (Hj. Jamil dan Saudara Lazim). Pengusaha bas sekolah diwakili oleh Saudara Bob dan Saudara Din. Tujuan perjumpaan ialah untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh bas-bas sekolah semasa melalui jalan-jalan di Taman Sri Kenari.

Antara masalah yang dihadapi oleh bas sekolah ialah kereta-kereta penduduk di letakkan ditepi jalan dengan keadaan 'terjulur' dan ini mengakibatkan sukar untuk bas tersebut membelok dan melalui jalan-jalan berkaitan. Masalah ini ialah semasa bas mengambil anak-anak pada waktu pagi dan ketika menghantar pulang anak-anak diwaktu petang. Diantara jalan-jalan yang dikenal pasti ialah persimpangan Jalan Sri Kenari 6 dan Jalan Sri Kenari 5, Jalan Sri Kenari 7.

Oleh yang demikian PPTSK telah mengambil inisiatif membantu pengusaha bas tersebut dengan berjumpa dengan penduduk-penduduk terbabit. Pada Ahad 26/12/2010, PPTSK diwakili oleh Pengerusi dan Setiausaha serta pengusaha bas diwakili oleh Saudara Bob telah berjumpa dan menjelaskan perkara ini kepada beberapa orang penduduk yang terbabit. Alhamdulillah mereka faham keadaan ini dan akan membantu mengatasi masalah tersebut.

PPTSK juga dalam waktu terdekat akan mengedarkan surat bagi memperingati penduduk tentang pentingnya mengelakkan kereta yang di parkir dihadapan rumah dari menghalang perjalanan bas sekolah. Ini bagi memastikan anak-anak kita sampai kesekolah tepat pada waktunya dan juga mengelakkan kereta-kereta penduduk tergesel oleh bas sekolah.

PPTSK juga akan membantu meletakkan papan tanda dilokasi yang selalunya menyebabkan laluan bas sekolah 'tersekat'. Diantara teks yang akan diletakkan dilokasi tersebut ialah lebih kurang seperti berikut :
Satu lagi masalah yang dibincangkan ialah mengenai dahan-dahan pokok menghalang bas. PPTSK mencadangkan supaya pengusaha bas tersebut memotong sendiri dahan-dahan tersebut. Walaubagaimanapun sekiranya pokok berkaitan ialah pokok buah-buahan yang ditanam oleh penduduk, sebaik-baiknya beritahu tuan yang menanam pokok tersebut terlebih dahulu sebelum mencantas dahan pokok berkenaan. Ini bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Pengusaha bas bersetuju mengenai perkara ini.

No comments:

Post a Comment